Domo-kun Staring -->

12 June 2015

friend? crush? scandal? lol

assalamualaikum. hi there. whatsup?

okey. malam ni aku xleh tidur. esok (pagi nanti) nak bangun awal. entah. mata aku tak boleh nak lelap. tadi saja la aku search twitter Alia, junior and more related to kawan baik masa sekolah dulu. aku follow. ingat dia dah tak ingat aku. so dia followback and saling tanya kabar. haha. sorry, i just cant write in english correctly. masih tahap tak beberapa fasih.

tadi aku bukak blog dia. guna phone la. oh dia dah kawin. congrats Alia ! haha cute gila baby. perkataan tak contact or lost contact tu memang tak best. lastly kawan sendiri kawin tak tahu pun. haha. kak fika doakan kebahagiaan Alia dan keluarga berkekalan sampai anak cucu :D

HAHA. yang aku ni bila entah? tadi si yusri cakap tak lama tu.(mention dalam twitter) lagi dua tahun je tu. HAHAHA diploma aku lagi setahun setengah kalau tak kena extend. so tak sempat la nak berkonvo dah sah jadi wife org. hahaha(emoji ketawa keluar air mata)

takpe safika. kalau bukan dengan dia pun jodoh kau pun terima je. dah takdir macamtu kan? Siapa lah boleh ubah apa yang Allah dah tulis. kalau betul takde jodoh, means aku kena cari lain. haha. kengkawan aku pun takde yang sangkut. kecuali Rara&Alibaba. haha. Ayu pulak ngn Shah. actually aku tak ambek tahu sangat personal life kengkawan ni. aku tak suka sebenarnya. kalau orang cerita ke or depan mata aku je baru aku ambek tahu. so tinggal aku, kak rai dan zati. hahahaha entah la (emoji ketawa keluar air mata)

sebenarnya pun bukan nak cerita pasal apa pun. entah. aku teringat kat seseorang ni. haha. pernah jadi kawan. jadi skandal. jadi crush. dan tak lebih sahabat. entah. aku pun tak tahu nak describe macamana.

aku kenal dengan dia dalam wechat. people nearby la. kahkah. malam tu malam 1January. masa tu aku penat gila babi, niat hati taknak la keluar malam. sebab aku nak tido je(padahal masa tu tengah buat keje trengkas) so kenal chat2 dgn sidia, dia ajak aku kuar. teman dia supper. masa tu aku lambat gila sebab aku basuh seluar jeans aku. kena something kotor. tapi dia sanggup tunggu.hahaha masa tu dia banyak kali call aku. agak la nervous jugak sebab dah lama tak jumpa kenal kat wechat tuh. last dulu sape la si helmi kot. haha sejak tu aku dah serik nak berskandal bagai ni siaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa KAHKAH.

so lepas aku ready. budak rumah masa tu semua dah kecoh. hahaha sebab selalu aku kuar, membe sume pakai moto. ni first time la "berbumbung". hahahahahaha means berkereta lah then kena perli kaw2. "pika skrg dah pandai berbumbung bhaaiii". hahahaha takpe aku tak ambek hati pun sebab aku dah biasa. then aku kuar dgn dia. alaa pegi makan roti canai kat medan selera depan laguna je. haha. aku tak makan, just minum je. dia belanja. masa tu borak2 la dgn dia tapi sangat tak selesa sebab situ ada orang karok BISING gILA. haha. memang masa tu mood aku kelaut tapi ada la gelak gelak2. haha then dia hantar aku balik. perghh satu malam aku mimpi dia. Not bad. :p

so esok tu jumaat. tangan aku gian xleh tahan nak msj dia. so aku msj dia. borak2 lastly dia ajak aku kuar. dia suruh aku blanje karok. and satu yang aku ingat tentang dia, masa tu dia asik suruh aku blanje dia, aku cakap la aku takde duit(duit ada tapi aku malas nak layan) so then dia pun cakap ,,, "Awak, orang tua2 cakap, tak baik cakap 'takde duit' padahal awak ada duit. nanti duit awak betul2 hilang cemana?" haha masa tu aku sentap gak la dengar ayat dia. Ada betul jugak dia cakap.

then sambung dia ajak kuar,,, masa tu dah petang. around 4stgah ke 5. so dalam kereta tu dia tanya la nak pegi mana. aku cakap siyes ke nak karok? dia tak kisah. so aku ajak dia pegi seremban. aku nak tengok wayang. tapi dah nak hujan. tetiba aku cakap la. "saya ingat lepas karok nak ajak awak lepak tepi pantai. saya stress la duduk dalam bilik je". dan tetiba dia pun kata, " eh plan kita sama la. saya pun baru nak ajak awak karok n lepak pantai... tapi nak hujan... hahaha" kiteorang pun gelak sesama je. hahaha.

then sepanjang perjalanan tu kiteorang borak je. bukan psal diri sendiri pun. lebih banyak pasal senibina. haha okey dia budak senibina sem last. dan dia extend satu sem ni june15 sebab ada satu dia tak ambek lagi. btw aku mmg start suka la dgn dia. best. dengan dia tak bosan sebab dia banyak sembang psal architecture blabla sume. and banyak pasal ex dia la. haha(agak sakit hati).

so masa tu aku nak lepak aeon sebab teringin nak makan Big Apple Donut. hahaha yang kelakor tu aku beli donat tu then makan depan tgv aeon. dah la takde air. tapi gile lapar masa tu. hahahahahahahaha. cerita kiteorg tgok masa tu Seventh Son.

lepas tengok wayang tu kiteorg balik pd. haha dia ajak karok. makan? aku pun tak ingat aku makan ke tak. hahahaha. then karok kat pekan pd. bintang idola kot. suara dia best gila sia. hahahaha sebab dia memang kaki karok kot. then dah balik karok tu kiteorg lepak pantai. then tu kiteorg balik.

lepas tu aku takde dah date lelama camtu. aku ada la ajak dia kuar. tapi susah. dia taknak. ada gak la dua tiga kali kiteorg pegi makan. yang takleh lupa, dia ajak aku pi makan kedai kat tepi simpang nak masuk bandar tentera tu. dia pilih tempat. dah duduk tu dia tanya,"romantik tak tempat ni? kalau nak tahu, nilah tempat saya first date dgn ex saya dulu". masa tu aku hanya mampu kata Ohhhh je . dalam hati geram jugak.

dekat poli aku tak pernah pun terserempak dengan dia. TAK PERNAH WALAUPUN SEKALI.

ada masa malam birthday kak rai, aku ada goreng nuget banyak. aku bagi dia. dia ada dtg rumah jumpa kat depan tu. then sejak tu dia dah ada org lain. so aku pun taknak msj dia dah. lastly ada dia dtg sbb aku nak tupperware yg bagi dia nuget ritu. lastly aku nangis and melulu je masuk rumah. salam pun aku taknak sambut. sorry awak. sorry sesangat. bukan taknak salam just saya sedih sebab saya dah takde kawan macam awak. even awak ni takde la baik mana tapi awak best. kawan dengan saya. gila2. so start haritu aku takde mesej dia. ws pun delete. number sume. yg tinggal wechat je. tapi tak lama pun sebab malas n aku delete je semua. insta dh lama unfollow. lastly dia unfollow insta aku. haha.

ada satu malam tu, aku terjaga sbb ws dia masuk. dia ws aku, ada tak org nak beli meja komputer sbb bdk rumah dia nak jual. sem last kan. so aku read dan aku delete.

actually buatkan aku teringat kisah ni sbb dgr lagu IamNeeta - Jatuh Cinta. sebab lagu tu terplay masa aku rindu gila kat dia dulu. dan skrg ni aku berani play. teringat tu mmg tapi aku cuba buang .

haha kot2 ada ke tuan punya badan baca pasal dia ni, takpe. saya dah maafkan awak dan saya mintak maaf kalau ada terkasar dgn awak. kbai. hahahaha
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring