Domo-kun Staring -->

10 August 2015

Tempatan Fest Seremban !

Hai.



haha sorry aku bukan dak dak hipster. ni pun first time aku join fest gini xD

aku dah lama tahu ada TF kat seremban sana. aku kan dak polypd hahaha so aku sentiasa on tuiter dan tengok la hupdate hupdate mereka reka itu.

aku ingat nak pegi sabtu tapi sebabkan dah janji nak pegi open house rumah Mira(member intern aku), so aku pegi TF hari ahad. lagipun aku nak jumpa idola(konon ceh) aku dalam penulisan. Azwar Kamaruzaman. siyes ah aku minat gila dengan penulisan dia. Memula aku beli novel Babi: Bercinta di Balik Api je. Lepastu aku tengok ada sambungannya, Saka dan dua novel lain, Nasi Kangkang dan Sepuluh Jahanam, maka aku tak fikir panjang, aku terus beli. so aku ada kesemua novel hasil karya dia. 

tujuan aku memang nak pegi TF tu sebab nak jumpa orangnya dan nak mintak autograf, pastu nak la beli tshirt ala ala dak dak hipster sume tu. haha. siyes ah aku memang first time pegi fest gini. 

aku gerak dari rumah lebih kurang 10.45pg cmtu. aku ikut jalan salak-enstek-LBJ-sendayan-seremban2. sebab aku nak gi CS AJ kat Seremban 2. macam orang bodoh kau tahu, aku ada alamat tapi aku xtaw kat mana. aku tanya akak cashier 7E pun dia kata taktahu. so aku memang sesat pusing2 situ je sampailah aku terdetik niat nak masuk Mydin Seremban 2 yang kedabak besaq tuh.

aku masuk, sesiap park moto pastu aku masuk la. aku gi tanya kat customer service, dia kata kedai tu kat bawah. masa tu dalam hati aku macam nak carutzz gila doh. taktahu la nak kata aku ni bodoh ke website tu salah bagi alamat ke. padahal aku tengok kat website official AJ bhai -_- 

patutnyalah, dia update la alamat kat website tu, type la "mydin seremban 2" so takde la orang rasa nak mencarut cari kedai dia yang ceruk tu. ingat semua orang tahu ke seremban 2 tu kat mana? ada orang tak pernah pegi langsung kau tahu. grrr

pastu, aku sampai kedai tu, aku nampak la banyak gak corak yang tak laku(siyes talk meh)(sebab kat website sendiri pun memang tak laku sebab tak tersold out pun sampai harini(aku baru tengok tadi sebab nak tengok kot ada yang baru masuk ke)). lepas tu aku beramah mesra dengan hakak hakak yang jaga kedai tu. ada satu corak ni aku tengok cantik kat website nak beli dah sold out(macam pisang goreng cheese panas kau tahu?), so aku tengok2 la. ada yang polka dot merah, kuning ngn warna apa tu la taktahu nama tapi dia hijau apa la, aku nak beli tapi macam tak terpakai je sebab semua baju/dress aku dah ada pasangan tudung memasing. yang aku tengok dah sold out kat website tu Black Label. 


pastu aku ambek la satu. niat nak beli. hakak tu suruh check dulu kot2 ada yang rosak sebab takleh tukar kalau dah beli. so aku check la. then aku bayar. naseb la akak tu memang peramah dan layan customer tiptop. haha first time la aku rasa nak respek orang ni. bukan sebelum ni aku xrespek orang tapi kekadang orang keje kedai ni ingat kita yang customer ni macan nak curi pulak. tak baik tahu x. so korang yang keje kedai or nak berkerja di kedai yang mana adanya nama "CUSTOMER", supaya korang buanglah sikap "sangka buruk" dengan orang. kau nampak je dia pakai sakai2, kau ingat dia tu tak berduit ke? jangan pandang orang macam orang sengkek sangat weh. Please weh dah 2015 dohhhhh!

lepas dah bayar tu aku pun gerak ke Kombes Paroi. Seremban biasa la beb macam Keyyell weh so sesak dan banyak kereta tu lumrah. aku ikut jalan ampangan je sebab tak silap aku Kombes tu sebelum sampai simpang ke senawang. tuptup sampai dah aku kat sana. aku sesiap park moto, aku jalan cari gerai Lejenpress. 

Pastu aku nampak ala ala novel tu, aku singgah. Aku tanya penulis novel Babi xsampai lagi ke. brader tu kata dia xsampai lagi maybe otw. pastu dia suruh aku jenjalan dulu. dia kata penulis tu duduk kat booth Projek Buku so aku gerak la ke belakang. kau tahu? perempuan tak berapa la kat sana sebab ramai kaum adam je. so dalam booth tu nak jalan tu memang bersesak sesak sikit lah. belum lagi kau tengok gelagak pakwe makwe acah cah cah gediktergedik beraksi manja manja ala ala kekonon lah. haha. yang xleh bla tu makcik2 pun ada gak aku tengok. maybe sekadar menemankan anak anak yang nak membesar ala ala mat minah saleh hipsturz tu. wakaka.

aku dressup takdelah macam depa yang hipsturz tu. aku pakai baju biasa je. orang maybe nampak aku pelik sebab aku bukan MINAH HIPSTER weh. aku bebiasa je. haha cuma aku minat baju diorang ni yang sangat HIPSTER.

aku gerak ke booth Projek Buku. kat situ ada sorang brader jaga booth tu. aku tegur dan borak2 dengan brader tu. ramah sangat. dia suruh aku beli buku blabla tapi aku fikir ada dua lagi aku tak baca so aku just borak2 dengan brader tu je. nama dia pun aku xtaw sape haha (teruk gila gua ni). lepas 10minit aku lepak dengan brader tu, dia siap bagi aku kerusi utk duduk lagi HAHA xD, then brader Azwar Kamaruzaman pun sampai. tetiba je dia kuarkan pen. haha aku dah cakap, duduk la dulu aku lama lagi kat sini. pastu dia terus sign n tulis ucapan kat buku tu. setiap buku lain2 ucapan weh ;D hehe. pastu kiteorg selfie guna GoPro brader Projek Buku tu punya. hehe


aku rasa haus gila masa tu sebab aku dari rumah takde breakfast minum apa pun tak, aku pernah tengok gambar Ayaq Kopi yang ala ala hipsturzz tu dalam tuiter. yang macam gambar ni. 


masa tu pulak aku nampak ada orang jual. harga still RM 5 lah. aku nak try gak apa yang best dengan ayaq kopi botol hipsturz ni. haha sama ja berbaloi la sebab aku nak botol dia yang memang HIPSTER WEHH xD

lepas tu aku gerak mencari something yang boleh aku buat kenangan. BAJU!. kat situ memang banyak gila baju dijual. semua boleh tahan harga macam standard baju omputih gitu. aku cari cari pastu nampak la satu baju yang dah lama aku cari. tapi takde saiz. aku try saiz XL besar kedabak weh. so aku cari lain dulu. lastly aku patah balik pegi booth tu beli baju yang sis booth tu suruh aku beli. haha. sebab aku ingat nak beli baju couple. aku mintak tawar boleh la kurang sikit. kalau x harganya lagi mahal la sebab postage lagi blabla. haha.

masa tu aku rasa macam tak yakin je nak belikan untuk aiman sebab aku takut tak muat. tapi aku tengok cutting dia besar. so aku pilih je la saiz L utk dia, M utk aku. ada sis tu tolong ukurkan bahu baju tu ngam2 la dengan aku. diorang mintak aku tunjuk gambar aiman sebab nak tengok badan dia cemana. diorang cakap muat tu. haha. aku pun kena yakin lah sebab nak bayarkan. masa bayar tu aku mintak sticker lebih haha nak bagi aiman la kekonon. baju macam ni,
 


bukan aku taknak beli baju kat gerai lain tapi aku rasa macam tak berkenan. lepas tawar menawar dengan brader booth tu dapat la murah sikit sebab aku beli dua. haha. takpelah baju yang takda saiz tu nanti lah boleh beli. sem depan ye dapat PT ;p

lepas tu aku mula la rayau sekitar TF tu. aku dapat banyak sticker +  yang beli sendiri. haha. banyak gila weh. semua best2. aku xtaw nak tampal mana sticker tu. hahahahahah rasa macam nak tampal kat laptop nih ;P

lepas tu aku nampak ada booth ni jual Tote Bag. cantik weh. gambar yang lambang tengkorang lanun kartun One Piece tu. aku ingat boleh la dapat button tu satu, atau beli lah. tapi brader tu tak bagi. dia kata kalau nak button tu kena beli set dgn tshirt one piece gak. aku fikir xnk la baju tu sebab design dia depan je. haha. so aku beli tote bag tu je lah. haha sebab aku nak beli, tote bag tu dua dua belah ada design. tu yang cantik. hehe.

lepastu aku beli set button sticker TF. semua beli atas dasar nak jadikan kenangan konon konon. haha. aku dah puas shopping tu aku tengok langit pun macam nak hujan, dan dah pukul 3, aku pun gerak balik. sebelum tu aku singgah Palm Mall. pegi watsons sat. nampak lak kat tengah2 lobby tu ada jualan. baju rm10 haha aku try la usha. aku beli satu. pastu nampak BK Nail Polish Peel Off sebotol rm5, memang aku beli satu lah. hahaha aku beli warna hitam je sebab warna hijau, pink ngn purple aku beli tu memang fail aku tak reti pakai siaa T_T. brader yang jual nail polish tu siap pakaikan aku tester yg warna hitam lagi. cantik dia pakaikan. haha

lepas tu aku gerak balik ikut laluan yang sama aku pergi tu. 

kali ni memang catat terbaik la aku balik awal. sebab aku memang niat dengan diri, pegi TF pastu terus balik. bukan nak menyinggah mana pun. dah puas shopping sume balik lah weh xD 

okey itu je nak cerita. sorrylah kalau korang bosan baca bebelan aku ni wakakakaakaka

bye Wasalam :P
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring