Domo-kun Staring -->

30 October 2014

Ke KL Kekita?

Assalamualaikum.

Hahaha. Lama aku tak bercerita kat sini. Aku dalam tren ni. Dari aku dok termenung tengok luar yang bosan bagi aku,,, baik aku cerita apa yang dah seharian aku buat ni.

Aku dalam tren ktm , nak balik seremban. Aku pi KL tadi. TIMES SQUARE. LOWYAT. Apa ? KL ? Sensorang ? Haa? Hahahahaaha.

Idea ni tercetus semalam la. Semalam aku rasa sangat down, macam kotak duduk dalam bilik dengan rasa nak meraung tahap meroyan(eh) dengan laparnya tahap gaban,,, aku keluar ke pantai Batu 4 ,, mencari ketenangan. Duduk rumah siyes la wei takleh nak study. Dari hari ahad aku balik ke rumah sewa haritu sampai semalam aku takleh study. Mana la mood pun aku tak tahu. Haihh.

Aku pi pantai, lepak2 makan keropok lekor yg superb rasa cam cadburid dengan air extra joss anggur(feveret) ,, tetiba tercetus idea ni dalam kepala otak aku. Hahaha. Sebab aku piker, lepak seremban pun bukan ada apa. Siyes la . Seremban paling ada pun seremban 2 palm mall. Takde ape pun. Aku pun terpiker ,, apa kata pegi Times Square? Hahahaa aku dengan pantasnya pun aku google la cemana nak pi Times Square naik tren KTM

Kenapa aku pilih naik tren? Sebab ianya murah dan mudah cuma perlu sikit kerajinan untuk berjalan je. Nak naik moto siyes ah aku cakap memang tak jumpa times square kau tu bebi hahahahahaaaaa . Banyak gak la sumber2 yang aku baca, dalam 7 ke 8 blog tapi yg betul2 boleh pakai cuma 2 je .

Okey.

Then aku pun bukak la google image, cari laluan tren ktm. Aku perhati la betul2 laluan Komuter dari Seremban sampai KL Sentral, Monorel KL Sentral ke Stesen Imbi.

Betul la tu.

Pastu aku tanya Aiman, boleh ke aku nak gi KL sensorang? Dia bagi kalau aku yakin nak pegi. Iye laaa aku memang nak pegi la nak survey jalan. Nanti nak bawak kau pi KL jugak sayangkuuu hahahah.

Ohh Aiman dulu dari lepas lahir sampai umur dia 18 nak ke 19 dia tak duduk kat semenanjung ni. Dia duduk kat Sabah. Ayah dia keje kat Sabah dulu.Tahun ni baru dia betul2 duduk semenanjung.

okey.

Pagi tadi dalam pukul 5stengah aku terbangun. Tapi awal sgt. Aku tengok hp aku masih 18%. Ehhh bebi la aku dah cas kau dari malam tadi la kenapa tak naik? Aku teringat Aiman pernah cakap ,, kalau bateri tak naik n makin turun tu charger tu makan bateri. Cepat2 tanggalkan. Tapi aku tak putus asa. Gila la kalau rosak mati aku dah la hp ni nyawa aku. Aku try cucuk sana sini lastly aku tertido balik n terbangun dlm 7.50 pagi. Aku tengok jam n hp aku yg dah separuh cas(bolehlah) ,, piker balik. Nak pi ke taknak ni ? Sebab macam dah lambat je.

Dulu abg aku selalu ingatkanlaa bila nak gerak KL, bangun awal gerak pepagi kalau taknak berhimpit dgn org dlm tren. Yup. Abg aku tu seorang yang tepati masa. Dulu zaman dia bujang,, dia selalu(sekalisekala) gerak kl. Biasanya dia beli barangan komputer. Sebab tu dia suka cakap kalau nak gerak KL gerak awal2.

Tapi lepas mencongak2 dalam kepala otak yang tidak berapa ni , aku ambek tuala aku mandi siap2 . Ya . Safika nak pegi KL sensorang harini yey ! Sebab aku tahu kalau harini pun stay rumah bukan boleh study. Baiklah ke KL nak survey jalan cemana.

Lepas siap2 tu aku terus chau naik moto ke Seremban. Aku parking moto kat KTM . Harap2 xde ape la sbb aku park depan tandas awam. Then aku tengok tren ke KL baru sampai. Aku lapar. Dulu (masa sem 1 n sem 2 tak bawak moto pi poli lagi) aku selalu naik komuter ni balik rumah. So aku tahu la kat situ ada jual waffle. Aku pun order la waffle peanut + chocolate. Dalam hati dok pikiaq, malaih aih nak kejaq sangat tren tu. Dah la lapaq kang kerak keruk perut aku. So aku bia je tren tu pegi n tren seterusnya pukul 10.26am

Lepas beli waffle n air utk breakfast, aku pun duduk la kat platform 2 tunggu tren tu. Sambil tu makan2 n chat ngn Aiman. Harini dia temankan aku melalui chat sbb dia takde kelas. Nanti ye sayang, kita pegi KL sesama.

Lepas tren sampai, aku naik n menuju ke KL Sentral. Dalam perjalanan tu, terimbau kembali kenangan lalu dengan Ben. Aku ingat nak ajak dia sekali. Nak hangout ngn dia. Tapi dia baru balik dari kem. Oh dia masuk wataniah. Dia kata esok baru dia boleh balik rumah. Aku pun hampa.

Pastu dah sampai KL Sentral, aku mencari jalan ke Monorel. Alaa tak susah pun Malaysia ni bagus ada papan tanda sume . Kalau tak tahu tanya je pak guard ke org kat situ ke.

+------ Ni nasihat aku,, kalau korang first time pegi KL sensorg lak tu, jangan berat mulut bertanya org. Tanya la orang melayu kita. Jangan tanya omputih lak sah sah la dia tu pelancong kang hempok kepala tu kangg ahhahahahaha-----------+

Oh nak bagitahu kalau ada kad Touch N Go lagi senang sebab naik Komuter KTM n Monorel boleh guna kad tu. So kena topap je la kan. Takpayah nak pegi kaunter beli tiket bagai.

Pastu jalan punya jalan dia tembus apa tu Sentral U2 eh apa ntah nama tempat tu sebab aku tak pandang sgt . Tempat tu pun shopping complex. Barangan branded la. Haha tak kuasa aku nak pegi jalan situ sebab tuju niat ke Times Square. Pastu aku pun sampai kat monorel. Aku tak tahu aku pi la tanya org kat kaunter pertanyaan. Naseb org tu baik tapi macam nak taknak jawab je. Takpelaa . Dia bgtaw tunggu kat platform sebelah kiri tu. Alaaa sama je sbb memang permulaan n pengakhiran nya kat KL Sentral tu.

Pastu monorel sampai,, aku nak masuk tapi teragak2 sbb betul ke tren ni. Aku masuk jugak n sapa seorang abang ni. Abang la eh boleh kira sebab macam baya2 abg aku je la. Aku tanya la tren ni pegi Imbi ke? Dia cakap dia pun bkn org sini. Pstu aku pun balas oh xpela la. Hahaha. Aku pun duduk je la menyedapkan hati dgn berkata betul. Pastu monorel pun jalan. Aku tak khayal masa tu. Pastu dia berhenti kat stesen Tun apa tu ntah haa betul la tu tren ni pi Imbi. Aku pun rasa hepi. Then nak sampai Imbi, abang tu ingatkan aku , ha ni Imbi. Turun eh. Pastu aku cakap haa okey i know it . Thanks taw. Pastu abg tu senyum je.

Aku kuar dari monorel n sentuh kad utk kuar, pastu aku cari jalan ke Times Square. Pastu aku termasuk kat Plaza Times . Aku sesat. Aku patah balik n terus n sampai la enterence Times Square. Hahaha yeyyyy sampai akhirnya! Pertama kali sensorg ( aku pernah pegi ngn kakak aku dulu sekali) n ni kali kedua aku jejak kaki kat sini.

Dah masuk tu aku macam blur sbb tempatnya besar gila ada 10 tingkat (babi batak sial ahahahahahahahaha) aku pun jalan la punya jalan . Pastu jumpa satu tingkat ni( sebenarnya setiap tingkat kot maybe) ada jual baju memurah baq hang. Hahaha. Bagi aku murah la blause long shirt around rm10-35 camtu. Aku dah STUCK. RAMBANG MATA LA GILE AHAHAAHAHAHAHHAHAHA

Aku pusing pusing ada la kedai ni jual longshirt rm10 cantik lak tu(bagi aku la) ,, pilih2 terus sambar. Dia kasi yg dlm plastik punya. kehkeh. Pastu aku pun jalan la jalan dalam tu. Skrg ni trend la dress yg macam org thailand jual tu . Cantik aku ingat nak beli satu tapi takut duit tak cukup je aku piker 1000000000000000000x kali hahahaha

Aku pun snap satu gmbr dress tu n hntar kat aiman. Aku cakap aku nak. Hahaha. Dia cakap nanti belilah syg. Aku pun okeyyy.

Ada satu kedai tu, aku lalu ,, tetiba terpasang lagu Foster The People // Pumped Up Kicks. Aku pun masuk dalam kedai tu pusing pusing. Org kedai tu follow je aku. Ape ingat muka aku ni muka pencuri ke cemana ? Ahahahahaha. Aku masuk pun sebab lagu tu je lagu tu fav aku ahahahahahhahaha xD

Jalan punya jalan dah pukul 1.30 . Aku pun pi la mekdi(cari sendiri) . Beli set Chicken Mc Country . Lapar la gile tak makan apa ahahahaaa.

Pastu aku pun pusing2 cari jalan keluar tadi yg aku masuk tu n aku menuju ke Plaza Low Yat. Niat aku 3, nak pegi Samsung Center(tanya psal hp aku ni, Maxis Center(nak renew simcard yg dah terbelah dua) , n nak cari earphone baru. Earphone hp aku ni skrg kn yg main getah sumbat dlam telinga tu. Aku tak suka pakai sbb selalu tercabut je. Hm.

Memula aku cari Samsung Center, mak aih sesat dalam lif je (bangang ahahahaaha), sampai floor 4 tu aku pegi terus. Then cina tu cakap mmg bnyak kes mcm aku ni. Actually hp aku ni takleh nak upload video kat insta. Aku tak tahu apa masalah -.- mahal kot aku beli hp ni semata nakkan boleh upload video kat insta je -.- yelah dulu pakai android 2.3 je mana nak boleh upload video. Dah beli hp memahal cengini pon issue yg sama lagi . Haih. Then dia kata lagi kalau format hp pun tak jamin boleh upload sbb kan masalah Instagram je . Aku pun piker hmm takpelaah.

Then aku nak blah dari Samsung Center tu, nampak Maxis Center. Aku pun piker, alang2 ke sini tu renew la skali sim. Sbb aku nak sim potong boleh masuk kat hp samsung ni. Alaa tak mahal pun RM8.80 je utk simcard baru.

Then dah sudah tu,, aku turun bawah plak. dari tingkat 4 sampai bawah. Kaki Dah naik lenguh ni. Aku try lagi usha kedai2 kat situ. Aku nak cari earphone. Then nampak laaa Hard Disk. Aku mula piker . Harga Hard Disk ni tak pernah turun ke . Hahahaha aku nak beli satu la sem depan. Nak buat backup data. Aku tak jamin laptop yg ada ni mampu bertahan sampai aku dah grad nanti. Better buat backup dari menangis tak berlagu hahaha.

Then dah banyak kedai aku jelajah, jumpa la satu kedai ni. Aku usha la earphone dia pastu ada la yg aku berkenan. Aku tengok harga dia macam tak mahal(dalam hati berkira terkira bajet ni),, jenama Philips. Aku pun pilih2 la. Ada 3 warna  Putih Hitam Purple. Aku ambek purple. Hikss. Then aku bayar. Dah bayar tu boleh pegi kaunter khidmat pelanggan(dalam kedai tu jugak la) pastu test earphone tu superbbbbbb sedap bunyi dia. Aku pun berpuas hati n aku blah. Hahahaaa.

Then aku dah puas sume dah dpt aku try cari jalan kuar. Naseb tak sesat. Huhu. Kaki ni nak patah ni. Dah la haus. Jalan punya jalan nak ke monorel Imbi, nampak ada 7E terus aku masuk. AIR ! Aku haus. Haha. Pastu nampak plak ada air Fav aku ,, Heaven And Earth Green Tea Jasmine . Aku pun terus sambar. Tapi tak sejuk. Aku try godek yg stok belakang tu ambek yg sejuk. Yesss ! Hahaha aku pun terus bayar. Gulpp gluppp dapnya air ni (berkata dalam hati yang tengah cari tempat duduk) pastu aku jalan la nak naik monorel.
Dah naik tu mmg waktu pack kan. So memang takde tempat duduk laaa. Aku terpaksa menahan kelenguhan kaki yang kian mencengkam jiwa dan raga. Dah sampai kl sentral,, aku pun terus mencari jalan utk ke KTM . Alhamdulillah tak sesat. Then aku tunggu la kat platform brape ntah (kat situ dia ada tulis direction kita kemana) lambat kot komuter ni sampai. Penat aku tunggu dengan lenguh kaki nyaaa penattt. Then sampai gak komuter. Terus masuk tapi xdpt duduk. Kau bayangkan dari KL Sentral sampai Bandar Tasik Selatan aku berdiri? Jauh tak jauh. Hmmm

Sampai stesen Bandar Tasik Selatan tu baru dapat duduk. Penatnya. Start dari mana ntah aku menaip blogger onthego ni hahaha. Then dah sampai seremban,, aku kuar. Aku tengok keadaan sekeliling basah, aku pun piker satu je. HELMET! aku cecepat pegi kat moto lepas sentuh kad touchngo kat pintu kuar td. Alhamdulillah naseb tak basah.

Then aku pegi la meround ke KFC drive thru seremban. Ingat nak bungkus ayam tapi kakak aku tak keje ptg la. Maybe dia cuti or dia keje malam. Then aku pun jalan la ke PD.

Masa kat dpn hospital seremban tu aku break emergency sbb kereta dpn aku tu babi gila . Naseb tak accident sbb tayar motor aku licin n tak dpt cengkam jalan (jalan basah sbb hujan) dua kali dh nak tergenlincir . Start dari rasa seriau tu aku bawak slow je. Naik je highway seremban teluk kemang, aku bawak slow. Sampai KM berapa ntah jalan dah tak basah(sbb tak nampak berkilau bila lampu motor suluh jalan) aku try bawak laju. Then sampai ke Roundbout Sunggala. Bawak je la dalam hati piker nak makan ke tak.

Then aku berhenti la kat satu kedai ni nama apa ntah. Sejuk punya pasal mengigil atas jalan tadi bawak moto aku order la Teh O limau suam. Org kedai tu ingat aku nak bungkus (sbb aku bwk moto kot) sampai je air tangan aku terus capai. Lega dpt sentuh benda panas. Then makanan sampai. Aku makan. Yey.

Okey tu je cerita aku. Btw pagi Ahad ni baru la sempat siapkan cerita aku ke KL sensorg ni ahahahahahaha  act aku pegi ni hari Khamis haritu btw Esok paper Trengkas . Gudluck for me.

Perjalanannya.

SEREMBAN ⇨ KL SENTRAL (KTM)
KL SENTRAL ⇨ IMBI (MONOREL)
TIMES SQUARE ⇨ LOWYAT (JALAN KAKI)

harga tiket tak pasti sbb aku guna touchngo n tak check pun baki dia berapa.

Byebye. Sayang aku dah bangun. Nak otp ngn dia. Hehehe

LoveyouMuhammadAimanAsyraf ♡

Zasssszzzzzzzzzz

 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring