Domo-kun Staring -->

30 December 2013

keyboarding skill - body posture for typing

assalamualaikum and hye to all my stalkers .

bertemu kembali kita diblog aku yang tak berapa nak hodoh ni (lol)

okey .

act aku dalam kelas keyboarding skills ni

semalam aku memang nak tulis entry tapi aku punya internet macam siak bodoh2 je kot lembab sebab dah habis quota -_-

okey act lect tengah terangkan pasal kedudukan yang betul semasa menaip . okey aku tengah ikut ni 

okey nak buat nota sikit
  • sit back in chair; body erect
  • keep ur eyes fixed on copy
  • shoulders down; chest forward
  • forearms paralles to slope of keyboard ; elbows loosely near the sides
  • palms hanging over keyboards; wrists straight, fingers bent, finger tips vertical to keys
  • legs vertical to floor' preferably one foot slightly ahead of other
  • relaxed posture; no tension
 kat atas tuh yang aku bullet tu adalah cara duduk posture yang betul untuk menaip . kalau korg xtaw bek korg betulkan ok . kalau tak nanti akan dapat sakit belakang . siyes TALK ! 

;klj asdf ;lkj asdf ;ljk ;lkj ;lkj ;lkj ;lkj ;lkj ;ljk asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj asdf ;lkj

okey sorri aku melalut sat . bukan taw . ni key aku nak kena taip dgn jari yang betul tapi aku menaip ni still guna dua jari je -_- sbb aku xbiasa lagi kbye ~

23 November 2013

Last Entry Before ~

Assalamualaikum =)



Okey . Dah lama aku tinggalkan blog ni penuh habuk . Ni baru aku ada lappy and ada masa nak online buat entry kat sini :) sorry lama tinggalkan kau

aku dah tukar header tuh . sorry memang hodoh . aku ambek tema dari lagu Mengintai Langit . tu je ahahahhaa .

okey . actually aku dah lama putus ngn ex aku tuh . nak kata kawan pun tak kot . entah . yang penting dia bukan lagi bf aku .

and aku dah ada :P ahahaha . bangang . takda apa lah .

okey aku nak cerita ni . Ni maybe last entry aku sebelum aku menjejakkan kaki ke Politeknik Port Dickson :) Alhamdulillah , setelah setahun menunggu tawaran sambung blajar , and esok lah harinya . Dokumen sume dah setel . just tinggal barang nak pack masuk beg . fuhh . Actually aku tunggu abang aku balik . Sebab aku akan pinjam beg dia nanti . Huhuhu

Aku dapat kos Sains Kesetiausahaan or Secretarial Science or DSK :) act aku xtaw menahu pun tu kos apa . cuma yang aku taw kos tu berkaitan pejabat n setiausaha . Aku tak memilih kos sejak aku dapat result spm aku tu . Takpe maybe ini yang terbaik buat aku . InsyaAllah . Dekat poli nanti maybe aku akan jarang online . Maybe sekali entry sebulan . Maybe sekali dalam dua bulan . Tak tahu lagi keadaan aku kat sana macamana kan . Tempatnya pun aku tak pernah pegi

Actually , aku guna pass internet yang 1gb rm1 tuh . dah nak habis masa baru nak siapkan entry ni .. btw aku ada jumpa beberapa org kawan yang sama kos n sama poli ngn aku tp tak sama blok kamsis . kalau poli panggil kamsis . kalau uitm tak silap aku panggil kolej kediaman kan ? ahahaha

Btw , aku rasa tak sabar nak jalani minggu MSK . bermula pada petang hari pendaftaran , iaitu esok ,, kan kan . ahaha . mampus la kena buli ngn senior :p

eh ritu aku ada jumpa Hana Roslan kat skolah . Masa tu aku ngn Sharon pegi ambek sijil spm . dia pun nk ambek gak . masa tu dia ngn Hani Zin . Aku memang tahu lama dia masuk poli pd . rupanya dia ambek markerting . Ohhh . huhu . tak kesahh la dia ambik apa pun  tapi kan kan aku rasa dia satu jabatan dengan aku . kot laa .

Harini macam2 benda nak buat . nak beli barang yang tak terbeli lagi , kemas barang , kemas rumah , pegi seremban . huhhhh . penat penat . Moga harini diberi kekuatan . Amin

Adioss Wasalam :)

p/s : bye bye sepang hi port dickson :p


15 July 2013

Review for Novel Love Yasmin ( Novel Yasmin J Hunwick )

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim aku menulis .. Assalamualaikum ..

Okey , novel yang aku tunggu selama nie dah selamat sampai pagi tadi .. Jam 11.20 pagi waktu malaysia .. 15 Julai 2013 .. Time tu aku tidoq lagy kowt .. berbaju tidur (act sejak keje aku memang nak tido je bila kat rumah .. sebab aku selalu mengantok time keje .. bukan online ketengah2an malam macam dulu .. tapi ini betul2 letih disebabkan berkerja dari pagi sampai la malam .)

Act aku dah separuh sedar tapi kepala aku berat , mata aku berat nak bukak .. Biasanya orang Poslaju akan hon kat rumah tu sebab nak bagi penghuni dalam rumah keluar terima bungkusan .. Kalau tiada orang biasanya dia tinggalkan notis .. Dan aku sedar posmen tu hon van tersebut .. Aku pun segera bangun ,, dan turun kebawah .. Aku menjenguk ke jendela , kiranya sangkaan aku benar , van Poslaju berada dihadapan rumahku dan aku pun segera membuka pintu , maju ke hadapan dengan muka serabai -_- (ok abaikan) , dan terima bungkusan tu . Terketar2 aku menulis nama sendiri diatas kertas tu .. siyesly tak tahu kenapa gila babeng gelabah sebab ni atas nama aku sendiri =P lepas tu posmen tu serahkan bungkusan tu , aku masuk dalam pagar balik ,, dan aku jerit "Yayy dah sampai!!!" siyes aku tak tipu aku jerit camtu tadi .. hahaha ..

Lepastu aku pegy dapur .. Mak aku tanya apa benda tu .. Aku pun cakap ," ni la novel yang ika tunggu selama ni .. hahaha" . mak aku suruh lekas2 buka bungkusan tu sebab mak aku pun nak tengok ada apa dalam tu .. and aku buka .. memula buka pakai tangan pastu mak aku cakap pakai gunting la senang .. hahaha aku pun bengap la sangat time tu .. haha .. sebelum aku buka bungkusan tu aku snap dulu gambar bungkusan tu .. buat kenangan .. and aku buka kat depan .. lol ..

Then aku terus on laptop .. sebab novel aku sekali ada cd limited edition piano arwah .. huhu aku nak dengar ... novel tu aku baru buka page belakang sebab niat aku just nak on lappy nak on fb nak gtaw kat page novel dah sampai .. sbb mmg kena update .. huhu .. aku buka page belakang , ada signiture penulis .. hehe .. ada ruang kosong (niat aku nak tulis sikit nota lepas baca dan aku dah buat dah) . aku takmau baca time tu sebab aku nak baca kat kedai (tempai aku keje) nanti . huhu

Kat tempat keje ,, aku tak on lappy pun sebab aku nak terus baca sampai habis novel tu baru buat review .. dari pukul 3 kowt aku start baca sampai pkul 6.10 ptg .. siyesly tak sedar masa sebab syok sangat baca novel ni ..

act aku bukannya agungkan pun arwah .. just aku minat nak baca kisah dia yang penuh tragik setahun yang lepas .. and lepas aku baca .. baru aku tahu kisah sebenar .. aku ada baca juga , ada yg kata arwah accident sbb lari rumah tak kejadah .. act sangkaan tu ternyata TIDAK BENAR .. dia bukan lari rumah , dia dah janji dengan kawan dia yang nama Fira tu nak siapkan projek addmath and nak bermalam dekat umah Fira tu .. Ramai menyalah sangka .. Act banyak lagi petanda sebelum dia meninggal .. btw apa2 pun ... Sedih baca kisah ni .. siyesly sedih ..

REVIEW : Novel ni bagus . siyesly bagus . ternyata tidak seperti apa yg dikata penulis , (aku guna ilmu karangan upsr ja) . aku tahu dia bukan penulis novel , ada jugak la sesetengah ayat yang biasa2 je . biasa lah first time . pengalaman tu bagus . kalau dia nak buat novel lain pun dah ada pengalaman menulis . act aku dah tahu banyak pasal sign2 kat novel tu ,, sebab aku pun dapat last2 skali haha . act kalau Allah kata ianya akan berlaku , kat mana pun , dengan cara apa pun dia tetap akan berlaku . Dah ajal arwah . kita yang hidup ni ambil iktibar dari kisah arwah ni . aku paling terkesan baca yang scene Fira mengecam mayat arwah . time tu air mata aku jatuh . aku tak boleh bayangkan kawan , sahabat yang aku sayangi tiba2 pergi dari dunia ni . patut la uncle johan masih bersedih dan tak boleh baca kisah arwah or what else pasal arwah . rupanya .. hanya pembaca novel dan yang mengetahui kisah sebenar je yang tahu .. btw uncle , dont be sad .. apa pun yang jadi Allah dah tentukan .. Mesti ada hikmah .. Aunty and uncle .. tabahkan hati .. saya pun terasa kehilangannya dan saya pun tidak mengenali arwah semasa hayatnya .. Fakhrul .. Mesti awak paling sedih sebab minggu sebelum kematian arwah , awak sering bergaduh dengan arwah .. btw ada hikmahnya .. maybe dia bukan jodoh awak ... yang paling seram pasal kes telefon tu .. pergh kalau aku pun seram beb ..
al-fatihah buat arwah ..

act .. aku ada kawan , dia ni kawan sekampung dengan penulis novel ni .. dulu kami ada janji kalau ada kesempatan , kami nak pi langkawi (dia ada abg dia kat sana, yg menetap kat sana , tak salah aku) , nak lawat kubur arwah .. Moga impian kita tercapai .. Amin ..
Last2 minute dia baru kata something kat aku .. haha time tu takda guna la weh .. apa2 pun .. aku akan tetap sayang kawan aku yang sorang ni sehingga ke akhir hayat .. okeh .. be happy always :)

p/s : jangan bercerita tentang sesuatu kalau tak tahu cerita sebenar . sebab anda sedang menyebar fitnah
p/s2: aku menulis entry ni dengan alunan piano arwah .. merdu sangat :')

wasalam ~

09 May 2013

#Lagu Hafiz - Bahagiamu Deritaku (comes with link youtube , download mp3 and lyric)


Lirik Lagu Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
________________________________________________________________
OFFICIAL VIDEO ^_^


______________________________________________________________


Download Lagu Hafiz - Bahagiamu Deritaku >> HERE <<

_______________________________________________________________

Kata owner blog ni -->> Act aku baru dengar lagu nie malam tadi , tu pun kat radio EraFM . hahaha lepas je aku dengar aku ingat tajuk lagu nie . and aku keje nie aku mmg online , so aku pun cari la . heee . act lagu nie aku tuju kat kawan aku . huhuhuhu ~
 
EikaSchapika | Official Blog . Copyright 2016© . All Right Reserved®
Domo-kun Staring